Friday, October 2, 2009

Tawaran cinta di alam siber - 3

Tawaran cinta di alam siber - 3

Samada anda menggunakan kata 'Sayang/suka la kat awak!' atau 'Memang sayang la kat awak!..' ia tetap mambawa maksud yang sama. Samada anda menggantikan I dengan SAYA, U dengan AWAK, itu hanya hal bahasa - tetap membawa maksud yang sama. Kata kuncinya di situ adalah 'sayang' atau suka, bukan bahasa atau sendi nama lain..

Kadangkala 'tawaran cinta' anda itu kurang disedari oleh si dia, justeru itu ada ketikanya kata sayang anda itu perlu diulang-ulangi. Yah, dalam soal cinta, perlukan sedikit kesabaran. Adalah berbaloi dengan mengatakan sayang biar seratus kali pun jika cinta anda itu disambut. Pada sisi lain, jika anda disajikan dengan kata sayang lebih dari sekali, sahlah itu bukan perkara main-main. Biarpun diucapkan dengan gaya bersahaja, tetapi bukanlah bermakna ia membawa maksud yang bersahaja. Apatah lagi jika anda mendapati si dia tidak pernah menutur kata-kata sayang itu kepada orang lain..

Baru-baru ini saya ditanyai; ..jika kata-kata itu tidak disertai dengan sebarang maksud'. Apa yang terus terjawab di fikiran saya adalah; ini bukan masalah disertai atau tidak, tetapi kata-kata itu sendiri berdiri dimana? Ini adalah masalah menyedari; apakah anda menyedari bahawa ucapan sayang anda itu membawa tawaran cinta(?)

Ini juga bermakna, penjelasan-penjelasan selepas ini harus jauh ke dalam. Kita harus menggali jauh ke dalam supaya dapat membogkar dimanakah tawaran cinta itu bersembunyi..Kalau ada rezeki, kita bongkar pada sambungannya nanti...
_______________

ZamZam Jarkaseh

No comments:

Post a Comment