Sunday, October 11, 2009

Impikan Dunia Yang Damai - 2

Impikan Dunia Yang Damai - 2

Kerana dalam fikiran anda telah dibatasi dengan keakuan. Semakin menebal keakuan, pula semakin tinggi potensi permusuhan. Keakuan anda di sini telah membatasi bahawa sepatu itu kepunyaan anda, keakuan anda di sini telah membatasi bahawa sepatu itu di dalam medan anda. Keakuan anda telah melahirkan blok-blok pemisah antara anda dengan orang lain, keakuan anda telah melahirkan blok-blok pemisah bahawa apa-apa yang ada di sini adalah milik anda, dan orang lain samasekali tidak ada otoriti menyeberanginya..

Oleh kerana sepatu itu di dalam medan keakuan anda, maka adalah hak anda untuk mengambilnya kembali walau dengan apa juga cara sekali pun. Jika si pemuda itu juga punyai keakuan yang setebal anda, maka pertentangan akan berlaku. Paling tidak anda akan bertegang lidah..

Saya ambil misal yang lebih abstark; idelogi. Sekiranya sistem demokrasi telah menjadi keakuan anda, maka anda akan memerangi sistem yang selain itu, sistem beraja misalnya. Keakuan anda telah membatasi bahawa demokarsi adalah anda, dan beraja bukan anda. Keakuan anda telah membatasi bahawa demokarsi adalah benar, dan beraja tidak benar. Keakuan anda telah membatasi bahawa demokarsi harus ditegakkan, dan beraja harus di lupuskan. Mengapa? Sekali lagi; kerana keakuan yang hidup dalam fikiran anda, kerana fikiran anda memproduksikan keakuan..

[bersambung..]


_______________


ZamZam Jarkaseh

No comments:

Post a Comment