Sunday, October 25, 2009

MIMBAR: Siapa anda? (4/5)

MIMBAR: Siapa anda? (4/5)

Siapa anda?
Dari sisi ini, sisi yang lain dari penjelasan sebelumnya; Apa juga yang anda sedari siapa anda, itulah anda. Dimana kesedaran anda tentang anda, itulah anda. Bagaimana kesedaran anda tentang anda, itulah anda. Ketika kesedaran anda mengatakan anda seorang penulis, anda adalah seorang penulis. Ketika kesedaran anda mengatakan anda seorang manusia, anda adalah seorang manusia..


Ketika kesedaran anda mengatakan anda gelas, maka anda adalah gelas. Ketika kesedaran anda mengatakan anda kaca, maka anda adalah kaca. Ketika kesedaran anda mengatakan anda partikal-partikal, maka anda adalah pertikal. Ini bermaksud, apa juga kesedaran anda tentang anda, itu adalah kebenaran anda, itulah eksistensi anda. Apa juga yang anda perkatakan tentang anda, itu tidak salah. Anda adalah apa yang anda sedari..Kesedaran bukanlah satu yang partial, kesedaran adalah satu yang utuh. Ini bermakna, setiap apa yang anda sedari, itulah anda yang sempurna, yang utuh. Pada sisi ini, kesedaran dan apa yang disedari satu tidak ada bezanya..Jika anda bertanyakan; bagaimana penjelasan atau kata-kata mampu mewakili kesedaran utuh? Satu yang harus anda tahu, di dalam kesedaran tidak ada sesuatu yang lain dari kesedaran. Di dalam kesedaran, tidak ada penyampaian, tidak ada-kata-kata, kerana penyampaian atau kata-kata itu sendiri adalah kesedaran. Dari kesedaran kepada kesedaran dibawah kesedaran yang satu jua..

Salam persaudaraan..
KUL - 23 Oct 2009 1:30am
_______________
ZamZam Jarkaseh
Demi dia yang mencipta dan menyempurnakan jiwaku, lalu dari jiwaku dilahirkan pohon kehidupan..

No comments:

Post a Comment