Thursday, October 29, 2009

Keistimewaan & Kelebihan Nabi Kita Muhammad S.A.W

Baginda tidak pernah ber'ihtilam' ( keluar mani ketika tidur)
Dikeluarkan oleh at-Tabrani dari jalan Ikramah daripada Anas, Ibnu Abbas dan Dainuri dari jalan Mujahid daripada Ibnu Abbas R.A berkata :
Quote: ما احتلم نبي قط, وما الإحتلام من الشيطان
"Rasulullah tidak pernah berihtilam (bermimpi sehingga berjunub kerana ia adalah daripada syaitan"
Quote: * Jalaludin al-Sayuti, al-Khasais al-Nabawiyyah al-Kubra, Jilid 1, Halaman 168 dan Dr Sayyid Muhammad al-Malikii, Mafahim Yajibu an Tusahhah, Halaman 216.
-Baginda tidak mempunyai bayang-bayangDikeluarkan oleh al-Hakim al-Tirmizi daripada Zakwan berkata :
Quote: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم لم يكن له ظلفي شمس ولا قمر
"Bahawa Rasulullah S.A.W tidak pernah mempunyai bayang-bayang semasa berada di bawah sinaran matahari dan bulan"
Quote: * Dr Sayyid Muhammad al-Malikii, Mafahim Yajibu an Tusahhah, Halaman 215.Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A :
Quote: لم يكن للنبي صلى الله عليه وسلم ظلولم يقم مع الشمس قط إلا غلب ضوءه ضوء الشمسولم يقم مع سراج قط إلا غلب ضوءه ضوء السراج
"Nabi S.A.W tidak mempunyai bayang-bayang. Tidaklah Baginda S.A.W berdiri di bawah sinaran matahari melainkan cahaya baginda S.A.W mengalahkan cahaya matahari. Tidaklah Baginda S.A.W berdiri bersama suatu lampu melainkan cahaya baginda S.A.W mengalahkan cahaya lampu tersebut"
Quote: * al-Zarqani, Syarah Mawahib al-Laduniyyah, Jilid 7, Halaman 200
- Lalat tidak pernah hinggap pada tubuh bagindaal-Qhadi Iyadh menyebut di dalam al-Syifa' :
Quote: أن من خصائصه صلى الله عليه وسلم : أنه كان لا ينزل عليه الذباب"Di antara keistimewaan Rasulullah S.A.W ialah lalat tidak pernah hinggap padanya
"Demikian juga sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Sabu' di dalam al-Khasais dengan lafaz :
Quote: أنه لم يقع على ثيابه ذباب قط
"Lalat tidak pernah hinggap di pakaian Baginda S.A.W"
- Mata rasulullah tidur tp hatinya tidak tidur.
- Baginda melihat dari belakangnya seperti melihat dari depannya
- Baginda tidak pernah menguap
- Baginda lahir dalam keadaan berkhatan
- Haiwan mengenali baginda & ia tidak lari daripada baginda bahkan datang dekat padanya
- Apabila duduk, baginda lebih tinggi daripada semua org yg duduk... begitu juga ketika baginda berdiri

1 comment:

  1. Rasululaah S.A.W. tidak mempunyai bayang2..Ana pernah melihat sedikit rambut dan janggut Baginda S.A.W. di rumah keluarga ana di Abu Dhabi..Memang terbukti, rambut dan jaggut Baginda S.A.W. tidak mempunyai bayang2 di bawah lampu spotlight. Yg lebih menakjubkan, rambut dan janggut Baginda S.A.W. pelahan2 masih menumbuh.

    ReplyDelete