MIMBAR: Siapa anda? (3/5)
Siapa anda? Baik nama, profesion, asal kelahiran atau apa saja yang anda sebutkan, itu bukanlah anda. Dalam maksud lain, tidak ada jawapan untuk pertanyaan itu. Mengapa? Kerana apa juga yang anda sebutkan tidak pernah mewakili diri anda. Sungguhpun anda mampu menjelaskan dengan panjang-lebar, sungguhpun anda mampu menjelaskan dengan rinci dan teliti, itu bukanlah jawapan siapa anda. Kerana betapa panjang pun jawapan anda, betapa rinci pun jawapan anda, itu adalah apa yang anda tahu. Anda tahu apa yang anda tahu, dan anda tidak tahu apa yang anda tidak tahu. Bagaimana untuk anda jelaskan tentang anda yang anda sendiri tidak tahu?Kalaupun anda terlalu hebat dan tahu segalanya tentang anda, apakah penjelasan anda itu mampu mewakili anda? Kalaupun anda mampu bercerita tentang manisnya madu kepada teman anda, tetapi apakah teman anda benar-benar tahu manisnya madu walhal dia tidak merasai madu, walhal dia bukanlah anda? Ini masalah lain dari yang disebut sebelumnya..Kalaupun anda mampu menghantar siapa anda dalam penjelasan anda, tetapi apakah pihak teman anda bisa mencerap keseluruhan penjelasan anda. Ini masalah lain lagi..Anda tidak pernah mampu mengandaikan siapa anda. Anda terlalu besar untuk diandaikan, wahal ilmu ada medannya. Ilmu itu terlalu besar untuk diandaikan baik yang sudah dibuka atau masih tersembunyi, walhal fikiran anda ada medannya. Begitulah, apakah siapa anda pada diri anda atau siapa anda pada teman anda(pihak kedua), itu bukanlah anda! Itu bukanlah jawapan siapa anda sesungguhnya..
Salam persaudaraan..
_______________
_______________
ZamZam Jarkaseh
No comments:
Post a Comment