Saturday, October 24, 2009

MIMBAR: Siapa anda? (2/5)

MIMBAR: Siapa anda? (2/5)

Siapa anda? Barangkali pertanyaan seumpama ini terlalu mudah buat anda. Tetapi bagi pemikir-pemikir agung, para pencari kebenaran, para rishi, para santo bahkan para nabi, soalan seperti itu bukanlah suatu yang mudah. Ia membuatkan anda tidak lena tidur. Ia seperti satu soalan yang memacu para pencarinya membuka lapisan demi lapisan. Siapa anda? Dari nama, profesion hinggalah kepada jawapan yang di luar kewarasan manusia umum. Yah, soalan seperti itu mampu menghantar anda kepada 'sesat', atau paling tidak anda dianggap gila!..Tetapi penjelasan ini tidak membawa anda membuka lembaran demi lembaran, sebaliknya merumus dari segenap lapisan yang berbagai itu kepada satu kesimpulan, kesimpulan siapa anda. Tetapi harus diingat, pada sebahagian anda, ini merupakan satu jawapan yang mungkin sekian lama anda cari. Tetapi pada sebahagian yang lain, sungguhpun ini satu jawapan, jawapan bukanlah segalanya. Maksud saya, dalam situasi membuka lapisan demi lapisan, ada keghairahan yang berbeza, ada eksistensi yang berbeza yang tidak akan anda temui pada jawapan. Seperti sebaris kata yang pernah disebutkan dalam Mutiara Hikmah; 'Tiba di tempat yang ditujui tidaklah begitu penting, tetapi pada ketikanya perjalanan itu sendiri lebih penting..' Saya tidak menetapkan mana yang lebih penting, kerana kedua-duanya pun punya kepentingan yang berbeza, itulah maksud saya..


Salam persaudaraan...
_______________

ZamZam Jarkaseh
Demi dia yang mencipta dan menyempurnakan jiwaku, lalu dari jiwaku dilahirkan pohon kehidupan..

No comments:

Post a Comment