Saturday, October 10, 2009

Impikan Dunia Yang Damai - 1

Saya tidak memulakan dengan sesuatu yang jauh, sebalik saya hanya merujuk apa yang terkandung dalam fikiran manusia, fikiran anda; fikiran yang dibatasi. Apa juga keadaan fikiran yang dibatasi itu pasti membuahkan pemisahan. Apa juga keadaan fikiran yang dibatasi itu pasti akan membuahkan keakuan. Nah, keakuan itulah yang selanjutnya akan membuahkan berpecah-pecah, bermusuh-musuhan..

Keakuan bukan hanya merujuk kepada diri, tetapi keakuan juga boleh merujuk kepada kumpulan, cara ritual, keyakinan, negara dan seterusnya. Keakuan adalah kuasa membenarkan yang anda akui di dalam medan anda, sebaliknya yang di luar medan anda dianggap salah atau bukan hak. Misal contoh selepas menunaikan solat asar di masjid, sebaik anda keluar di muka anda dapati sepatu anda telah hilang. Tidak lama kemudian, anda dapati seorang pemuda memakai sepatu anda. Ini akan menimbulkan pergaduhan antara anda dan dia, mengapa?
[bersambung...]


_______________
ZamZam Jarkaseh

No comments:

Post a Comment