Sunday, September 6, 2009

Apabila Serai Berbunga

Assalamualaikum wb

Hari ini sudah 16 hari umat islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga puasa kita sempurna dan di terima Allah swt. Buangkan segala amalan-amalan buruk dan perbanyakkan amal ibadat dah bersedekah di bulan yang mulia ini.

Hari ini juga merupakan hari pertama saya membuat coretan di sini. Abang Zam pesan, hiaslah blog ni cantik-cantik... aduh! saya masih blur, masih tak tahu nak buat macam mana. Dah namanya Malaysiaria - semestinya lah diwarnai dengan gambaran malaysia. Aduh! memang berat tu. Setakat ini saya masih tak buat apa-apa pada blog ni cuma uplod berapa gambar yang saya kira sesuai berlatar belakangkan malaysia. Saya rasa blog tidak sama dengan group. Sebelum ini kami telah punya malaysiaria@yahoogroups.com. Di group kami menerima apa saja bahan kiriman emel dari member tak kira dalam dan luar negeri. Di blog saya rasa agak berbeza sedikit - Saya tunggu jer lah abg Zam yang buat. Saya menempel sikit-sikit bolehlah :).

Di ulang, hari ini hari pertama saya membuat coretan di sini - tapi nak tahu tak, hari ini juga hari terakhir saya bercuti selama 2 minggu sejak awal puasa tempoh hari. Tak tahu lah apa saya buat selama 2 minggu ni, nak kata beramal ibadat tidak juga, menyiapkan Suhana Karissa pun tidak juga - langsung tak berusik.

Apa yang pasti saya dapat balik JB untuk menemani mak dan ayah berpuasa. Suasana kat JB memang agak kelam kabut - bandarnya agak beserabut (Maaf ye orang Johor). Ini adalah pandangan saya yang sesekali balik JB. Almaklumlah keluarga saya pun baru menetap di sana, dalam lebih kurang 2 tahun ini dan saya pun baru 5 kali menziarahi mereka di sana. Hari kedua saya berada di JB, meninjau kawasan rumah.. ermm rajin juga ayah bercucuk tanam di tanah kosong di tepi rumah. Ayah tanam pokok serai, pokok lada, pokok bendi, pokok kunyit, pokok ubi kayu dan pokok kesum.... maklumlah duduk JB kenalah ubah selera makan masak Asam Pedas...hehehe...pokok kesum ayah tumbuh dengan subur dan cantik, walau pun dalam semak hahaha. Hari-hari makan masak Asam pedas campur bendi!

Tiba-tiba ayah menarik saya ke tepi tingkap dan menunjuk ke arah pokok serai. " Nampak tu?" tanyanya.

" Nampak, pokok serai!" Jawab saya.

"Tengok betul-betul!" Pinta ayah.

" Hah! dia mengikut kita ke sini?" Mata saya terbeliak memandang rumpun serai ayah. Ayah tersenyum dan mengangguk. Saya rasa kagum, inilah kebesaran Allah!

Semasa kami tinggal di Mentakab, Arwah Opah menanam pokok serai, pokok kesum dan pokok lada di tanah kosong di seberang jalan hadapan rumah. Banyak juga pokok serai Arwah Opah tu, berumpun-rumpun sehinggakan Minimarket Juli di kawasan perumahan kami membeli serai Arwah Opah untuk di jual. Ketika itu banyak rumpun serai Arwah Opah yang berbunga. Dan kini aku kagum dengan kebesaran Alla swt, bunga serai itu mengikut kami apabila ayah menanamnya di sini... subhanallah!

InsyaAllah, jika ada rezeki dan kelapangan saya akan paparkan di sini pokok serai ayah yang berbunga itu. Bunganya seperti bunga padi, naik menjulang tinggi ditengah-tengah rumpun.

Satu rumpun tu memang dah sah berbunga dan satu rumpun lagi, baru nak naik. Syukran!!

Okeylah, saya berhentikan dahulu coretan saya ini, sehingga berjumpa lagi, InsyaAllah.

Coretan: Ida Syuhada

No comments:

Post a Comment