Wednesday, September 30, 2009
30 Perkara yang dapat melembutkan hati
Monday, September 28, 2009
Tawaran cinta di alam siber Part 1
Perhatikan kata-kata anda atau pasangan bicara anda! Apabila anda mengatakan 'Ni yang I sayang kat U ni..' itu merupakan orakan pertama anda dalam usaha menawarkan cinta anda pada si dia. Boleh juga diawali dengan 'Ni yang I suka kat U ni..'; harapan masih sama; tawaran cinta, tetapi barangkali anda merasakan masih terlalu awal atau malu, pemilihan kata ’suka’ lebih selesa..
Jika anda ditawari dengan kata-kata seperti ini, bermakna si dia punya naluri lebih dari biasa. Dia mahu mendekati anda lebih dari biasa. Harapan bermula dengan mendekati kemudian mengenali. Jika atur-cara itu berkembang baik, maka harapan itu diakhiri dengan menawan atau memiliki(cinta pasangan). Sebaliknya jika anda yang mengucapkannya, sedarilah bahawa anda sedang berusaha untuk menjalinkan hubungan cinta dengannya. Camkan ini!
Lazimnya ucapan ini didahulukan dengan budi. Mungkin sedikit informasi, mungkin sedikit nasihat. Dengan itu anda pun melontarkan kata ’Ni yang I sayang kat U ni’ yang barangkali sekian waktu menanti saat-saat atau peluang itu muncul tiba. Sejauh mana perhubungan itu berlangsung, itu sangat bergantung kelancaran perkembangan perhubungan itu sendiri. Tetapi dua insan yang sudah siap punya keinginan memiliki dan dimiliki, tentu itu bukan perkara yang sukar. Tunggu dan lihat!..
Salam persaudaraan..
_______________
ZamZam Jarkaseh
Friday, September 25, 2009
BILA SERAI BERBUNGA PT 1
gambar bunga serai yang di tanam oleh ayah Ida di tepi rumah di Johor Bahru. Gembira dapat berkongsi gambar ini dengan anda semua. Apakah anda tahu di sebalik rumpun serai yang berbunga ini? Ada yang kata di bawah rumpun serai itu ada harta karun atau ada batu-batu permata... Ntah lah Wallahualam... tetapi rumpun serai berbunga ini bukan kali pertama yang di tanam oleh keluarga Ida... sebelum ini rumpun serai Allahyarham Opah Ida juga pernah berbunga semasa keluarga Ida menetap di Mentakab Pahang. Dan tanpa di sangka rumpun serai yang ditanam oleh ayah Ida juga berbunga.... Ada dua rumpun serai ayah yang berbunga. Satu sudah menampakkan bunganya dan satu lagi sedang naik (mahu menjulang dan berbunga)
Semasa di Mentakab, kami pernah mencabut salah satu rumpun serai tersebut kerana dikatakan mempunyai harta karun di bawahnya tetapi kami tidak menjumpai apa-apa. Ada yang menyatakan bahawa kami kena memanggil bomoh untuk menarik harta karun tersebut. Tapi kami tak buat pun.
Sebenarnya kami (ayah Ida) percaya bahawa ada rahmatnya kenapa Allah mengurniakan bunga serai tersebut kepada kami...rezeki ayah sentiasa melimpah ruah... syukur kehadrat Ilahi.
catatan - ida syuhada
Bunga Serai naik menjulang
Ini dia bunga serai yang batangnya naik
menjulang di tengah-tengah rumpun.
Jika dilihat macam bunga padi
Satu lagi rumpun serai yang nak mengeluarkan
bunga... nampak salah satu batangnya sedang
naik menjulang.
BILA SERAI BERBUNGA (PT 2)
10 'K' dalam persahabatan
KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlu curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita. Insya-Allah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.
KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.
KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap sahabat, kita akan diingati sehingga akhir hayat mereka. Ini kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan.
KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi, jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya. Kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, kita juga kena berani menasihati sahabat kita. Ini kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka bukan?
KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.
KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita. Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Begitu juga sebaliknya.
KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Mungkin ketika itu, tiada siapa yang akan mereka cari, selain kita sahabat mereka.
KEGEMBIRAAN. Jika kita gembira, maka berkongsilah kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran senyuman indah pada raut wajah mereka? Kegembiraan kita, bermakna kegembiraan mereka juga.
KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, 'Kau cantik, aku mesti cantik,' atau 'Kau kaya, aku pun kena kaya'. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza. Namun, dalam persahabatan, keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman dia antara dua pihak.
Wednesday, September 23, 2009
Monday, September 21, 2009
Sunday, September 20, 2009
BUNGA YANG SEMAKIN DILUPAKAN
Bunga Raya telah dinobatkan sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YTM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berdasarkan kepada justifikasi berikut :
1) Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga ini memberi maksud lima prinsip Rukun Negara iaitu :
•Kepercayaan Kepada Tuhan
•Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
•Kedaulatan Undang-Undang
•Keluhuran Perlembagaan
•Kesopanan Dan Kesusilaan
2) Warna Merah bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.
3) Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup dengan harmoni dalam satu Negara Malaysia tercinta ini.
Friday, September 11, 2009
Wednesday, September 9, 2009
Sunday, September 6, 2009
SUDAH SENANG KUTUK
Apabila Serai Berbunga
Assalamualaikum wb
Hari ini sudah 16 hari umat islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga puasa kita sempurna dan di terima Allah swt. Buangkan segala amalan-amalan buruk dan perbanyakkan amal ibadat dah bersedekah di bulan yang mulia ini.
Hari ini juga merupakan hari pertama saya membuat coretan di sini. Abang Zam pesan, hiaslah blog ni cantik-cantik... aduh! saya masih blur, masih tak tahu nak buat macam mana. Dah namanya Malaysiaria - semestinya lah diwarnai dengan gambaran malaysia. Aduh! memang berat tu. Setakat ini saya masih tak buat apa-apa pada blog ni cuma uplod berapa gambar yang saya kira sesuai berlatar belakangkan malaysia. Saya rasa blog tidak sama dengan group. Sebelum ini kami telah punya malaysiaria@yahoogroups.com. Di group kami menerima apa saja bahan kiriman emel dari member tak kira dalam dan luar negeri. Di blog saya rasa agak berbeza sedikit - Saya tunggu jer lah abg Zam yang buat. Saya menempel sikit-sikit bolehlah :).
Di ulang, hari ini hari pertama saya membuat coretan di sini - tapi nak tahu tak, hari ini juga hari terakhir saya bercuti selama 2 minggu sejak awal puasa tempoh hari. Tak tahu lah apa saya buat selama 2 minggu ni, nak kata beramal ibadat tidak juga, menyiapkan Suhana Karissa pun tidak juga - langsung tak berusik.
Apa yang pasti saya dapat balik JB untuk menemani mak dan ayah berpuasa. Suasana kat JB memang agak kelam kabut - bandarnya agak beserabut (Maaf ye orang Johor). Ini adalah pandangan saya yang sesekali balik JB. Almaklumlah keluarga saya pun baru menetap di sana, dalam lebih kurang 2 tahun ini dan saya pun baru 5 kali menziarahi mereka di sana. Hari kedua saya berada di JB, meninjau kawasan rumah.. ermm rajin juga ayah bercucuk tanam di tanah kosong di tepi rumah. Ayah tanam pokok serai, pokok lada, pokok bendi, pokok kunyit, pokok ubi kayu dan pokok kesum.... maklumlah duduk JB kenalah ubah selera makan masak Asam Pedas...hehehe...pokok kesum ayah tumbuh dengan subur dan cantik, walau pun dalam semak hahaha. Hari-hari makan masak Asam pedas campur bendi!
Tiba-tiba ayah menarik saya ke tepi tingkap dan menunjuk ke arah pokok serai. " Nampak tu?" tanyanya.
" Nampak, pokok serai!" Jawab saya.
"Tengok betul-betul!" Pinta ayah.
" Hah! dia mengikut kita ke sini?" Mata saya terbeliak memandang rumpun serai ayah. Ayah tersenyum dan mengangguk. Saya rasa kagum, inilah kebesaran Allah!
Semasa kami tinggal di Mentakab, Arwah Opah menanam pokok serai, pokok kesum dan pokok lada di tanah kosong di seberang jalan hadapan rumah. Banyak juga pokok serai Arwah Opah tu, berumpun-rumpun sehinggakan Minimarket Juli di kawasan perumahan kami membeli serai Arwah Opah untuk di jual. Ketika itu banyak rumpun serai Arwah Opah yang berbunga. Dan kini aku kagum dengan kebesaran Alla swt, bunga serai itu mengikut kami apabila ayah menanamnya di sini... subhanallah!
InsyaAllah, jika ada rezeki dan kelapangan saya akan paparkan di sini pokok serai ayah yang berbunga itu. Bunganya seperti bunga padi, naik menjulang tinggi ditengah-tengah rumpun.
Satu rumpun tu memang dah sah berbunga dan satu rumpun lagi, baru nak naik. Syukran!!
Okeylah, saya berhentikan dahulu coretan saya ini, sehingga berjumpa lagi, InsyaAllah.
Coretan: Ida Syuhada
Saturday, September 5, 2009
Thursday, September 3, 2009
GEMPAR: BENDERA MALAYSIA DIBAKAR
Rabu, 2 September 2009 - 14:21 wib
Wednesday, September 2, 2009
POHON SEMALU
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
BAHASA INGGERIS : PENTINGKAH??
Pengenalan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah pada peringkat rendah dan menengah telah meningkatkan lagi kepentingan perbualan bahasa Inggeris dalam aspek kehidupan pelajar-pelajar dan juga anak-anak kita. Pengajaran dan pemelajaran sesetengah subjek utama dalam bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi turut memerlukan kemahiran berbual dalam bahasa Inggeris untuk berinteraksi dengan baik dan selesa dengan pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar lain. Jelas sekali kelemahan dalam perbualan bahasa Inggeris boleh menjejaskan proses pemelajaran anda dan juga memberikan kesan kepada perhubungan sosial anda dengan guru-guru dan kawan-kawan anda.
Dalam kerjaya, perbualan bahasa Inggeris juga amat penting kepada anda yang sentiasa berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan , bakal pelanggan, pembekal dan juga pihak atasan. Kelemahan dalam perbualan bahasa Inggeris boleh memberikan kesan kepada komunikasi anda dengan mereka dan akhirnya menjejaskan kerjaya anda kerana tidak dapat dinafikan bahawa aspek komunikasi ialah aspek yang amat penting dalam kerjaya seseorang. Kejayaan seseorang dalam kerjayanya bukan sahaja bergantung kepada kemahiran bekerja semata-mata tetapi turut bergantung kepada kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan-rakan sekerja dan pihak atasan.
INFO : Apa itu RON? (Isu kenaikan harga minyak)
Apakah yang dimaksudkan dengan RON sebenarnya?
RON merupakan ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ini ialah ketahanan minyak tersebut sebelum ia meletup atau dengan kata lain dinyalakan.
RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92.RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.
Jadi, tidak bermakna menggunakan RON95 tidak bagus untuk kereta anda. Anda boleh periksa balik minimum RON yang diperlukan untuk kereta anda.
Anda boleh cek sama ada model kereta anda sesuai atau tidak dengan RON95 dalam jadual dibawah :