Monday, November 2, 2009

MIMBAR: Anda adalah seorang yang berjaya selama..

'Anda adalah orang yang berjaya selama kejayaan itu anda letakkan dalam diri anda. Anda adalah orang yang gagal selama anda mengatakan anda seorang yang gagal..'
Apa yang anda maksudkan dengan kejayaan, dan apa yang anda maksudkan dengan kegagalan? Nah, itulah yang meletakkan anda kepada kejayaan atau kegagalan!


Misalnya, kejayaan anda maknai dengan punya rumah besar dua tingkat, maka selama anda belum memilikinya anda bukanlah seorang yang berjaya. Misalnya, kejayaan anda maknai dengan menjejak kaki ke universiti. Maka selama anda belum menjejakan kaki, anda bukanlah seorang yang berjaya. Anda gagal!..


Jika anda seorang yang punya rumah besar, atau pernah menjadi siswa universiti sedangkan anda menderita jiwa, kesunyian apakah anda seorang yang berjaya? Atau, jika anda menderita jiwa kesunyian apakah itu menandakan anda seorang yang gagal? Tidak selama anda tidak meletakkan itu sebagai kegagalan!..


Bagi seorang arffin, tidak ada kenyataan kejayaan atau kegagalan. Mereka kehilangan makna-makna itu. Seorang arif akan menikmati apa adanya. Seorang arif akan bahagia apa adanya. Mereka bukan hanya bahagia di dalam bahagia, mereka juga bahagia di dalam derita. Mereka jalani bahagia dalam bentuk-bentuk yang bahagia, mereka juga jalani derita dalam bentuk-bentuk yang bahagia..


Menarik kesimpulan dari ini boleh anda maknakan bahawa kejayaan bagi seorang arif adalah apabila ia mampu menerima adanya. Kejayaan bagi seorang arif adalah bahagia apa adanya. Jika anda mampu menerima dengan apa adanya, ketahuilah bahawa anda sedang redha terhadap tuhan anda bukan dengan lafaz atau kata-kata. Jika anda mampu bahagia dengan apa adanya, maka ketahuilah bahawa anda sedang memuji-mujinya(tuhan) dengan permaknaan yang lebih dalam dari lafaz atau kata-kata. Nah, itulah keredhaan dan pujian orang-orang
arif terhadap penciptanya..


Salam persaudaraan..
KUL - 2 Nov 2009 8:20am
_______________
ZamZam Jarkaseh
Katakan hai tuhan jika ada seorang yang menikmatmumu lebih dari aku. Katakan hai tuhan jika ada seorang yang menikmatmu lebih dari aku!
Katakan hai tuhan!!..

No comments:

Post a Comment